Wednesday, 17 April 2013

Hakikat Mencapai Maqam Zikir Nafas


Meneroka Rahsia NAFAS ,  Rahsia  Kaitaan  Nafas  dengan  Roh  -  Rahsia  Roh  dengan  Nyawa -  Roh  Dengan  Hayyat  Dari  Allah  -  Rahsia   Nafas   dan   Perjalan  Roh. Kaeadah  Mengunakan  Al Quraan  , Sunah  [ Hadis  AL Qudsi  - Hadis  Sohih  Nabu  Sala  Allahu  Alaihi  Wasalam].
Mengenali  Rahsia  Diri  dan Pernafasan  melalui ILMU,TEKNIK PERNAFASAN & TAFAKUR."
"Membina kekuatan Emosi , Spiritual  ,  jiwa,  mental   dan  Pengharmonian  dan   penyembuhan Mutlak  secara  Menyeluruh  penyakit zahir dan batin"
Firman Allah s.w.t
"Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)..."(al-Baqarah:152)
Kita  semua  kenal  cara  berzikir   kepada  Allah , Tetapi  bagaimana   hendak   kita  Mengenal  Bahawa  Allah  Mengingati  kita   seperti  Janji  Allah  dalam  Surah  dan  ayat  di  atas.  Jika  tidak  , kita  akan  rasa  letih  ,  bosan  ,  dan   tidak  menemui  kemanisan  ,  kelazatan   dalam  berzikir   kerana  ianya  hanya  " ONE  WAY  "  sahaja.  Bukan  Two  way.
Tenaga , Amalan , Niat , Hajjat  berzikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut  - Alam  Rabbaniyah. Aura   dan   Cahaya  Energi zikir akan menyucikan segala kekotoran pada Minda   dan  qalbi  secara  peringkat  berperingkat  sehingga Qalbu  nya   akan mengeluarkan   cahaya alam Lahut yang tertutup dan  terhijab selama ini disebabkan kekaratan  dan  kekotorannya.Noor  Cahaya  ini   yang  di  maksudkan   Cahaya   dari  Allah  yang  mengeluarkan  Hamba  Nya  yang   berzikir   dari  kegelapan   ke dalam   Cahaya.  Cahaya   ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya pada qalbi dan seterusnya mengeluarkan segala AURA , Kebangkitan , Semangat  Kerohanian,  tenaga yang tinggih  pada jiwanya , mengantikan  nya  dari  sifat (mazmumah)  ke  Qalbu  bersifat  Radhiyah  dan  Muthmayeena.Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikir tajam dan kreatif.
Zikir  NAFAS yang digabungkan dengan teknik pernafasan ISMUL  ZAT   -  ISMUL  AZHAM  yang betul, atau disebut oleh ahli Muqarabun sebagai zikir nafas, akan memberikan kesan yang lebih hebat.Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazhumah)  dan  membina  semangat  Rohani  yang  tinggih ,  ini  telah  dapat  di  buktikan  dan  di  tulis  sebagai   testimony  oleh  ramai  peserta  program  TEKNIK  ZIKIR  NAFAS  kami.
Banyak  faedah  dari  aspek   fizikal   dan  rohani   yang  dapat  di  capai  dengan  cara  pernafasan   yang  betul,  pernafasan  secara  fizikal   membawa  kebaikan   kepada   jantung  , sistem  pernafasan  dan  pernafasan  secara  rohania  membawa  kebaikan  kepada   Minda , Qalbu  dan   Jiwa   secara  menyeluruh.
Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesihatan manusia.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit.
Zikir Nafas juga dapat merawat gangguan halus sama ada dari sihir atau pun, jin ialah dengan mengeluarkan penyakit dari diri serta memastikan pesakit mempunyai sistem pertahanan yang kuat agar segala iblis atau sihir tidak dapat menembusinya semula setelah ia sembuh.
Tarbiyyah  dan   juga  Rawatan energi zikir  Nafas dengan  Lafaz  ISMUL  ZAT   dan  ISMUL  AZHAM  juga akan menumpukan pengumpulan tenaga zikir pada qalbi (jantung) untuk mengeluarkan syaitan dari dalam darah.Apabila tenaga zikir terkumpul di jantung, maka ia akan menghantar tenaga itu keseluruh badan melalui sistem peredaran darah, seterusnya menghancurkan segala tenaga yang rendah (jin dan syaitan) tidak kira di mana ia berada dalam tubuh pesakit.
(Zikir Nafas)
Sebatang  tubuh  yang   hidup mesti mempunyai nafas, melihat, mendengar, merasa dan ini semua termasuk di dalam Sifat al hayat  dan  Sifat  Tubuh  yang  bernyawa. Seorang  insan  boleh hidup tanpa mata, telinga, tangan, hidung  dan anggota tubuh yang lain tetapi kita tidak boleh hidup tanpa nafas. Kita boleh berjalan, berkata-kata dan melakukan apa saja, ini semua berlaku kerana qudrat dan iradat Allah. Memahami  Qudrat  dan  Iradah  Allah   wajib  di  fahami  melalui TAKLUK  dari  SIfat  Maani 
  • Sifat  Takluk  Thatheera
  • Sifat  Takluk  Inkhisafiyah
  • Sifat  Takluk  Dalilah 
 Ketahuilah   bahawa   nafas berada didalam qudrat dan iradat Allah. Insan  yang  berakal  wajib  mengenal  Allah  dan  Maha  Pencipta   dengan  Penyerahan  Nafas   ini  setiaap   saat  kepada   Allah , jika  tidak  kita  belum  lagi  mengenal   Allah   dengan  secara  hakiki  dan   juga   secara   konsisten.

Dari  mana   datang   nya  Nafas nya?. Kita  hanya   terdedah   kepada  ILMUL   YAKIN  belum  lagi  keperingkat  AINUL  YAKIN    dan  Haqqul  YAKIN  sehingga   kita  dapat  merasainya   dari  dalam  dan  luar. Di mana kah  permulaan dan letaknya nafas ini?
Dengan   cara  apa   datangnya   Nafas   ini  ke  dalam  diri  kita   dan   juga  kedalam  setiap   daun ,  setiap   ekor  semut  ,   dan  juga   kedalam  setiap   mahkluk  yang  hidup   dan   sedang   berada   di  semua  alam   syahadah  dan  Malakut.
Untuk mengetahuinya kita harus kembali pada asal kejadian kita iaitu di antara pertalian ibu dan anaknya. Mula terjadi benih diperut ibu ialah di bahgian PUSAT. Di situlah mulahnya nafas dan dari situ mulalah benih itu membesar menjadi anggota tubuh yang sempurna.

Dimanakah letaknya rahsia pengenalan  dan  pendedahan  diri kita yang sebenarnya  di alam  fizikal  ini?
Kita  belum  lagi  menerokai   alam  arham , alamul  arwah   dan  alamul   barzakh   dan   alam  nyata  iaitu  Alam   Baqqa. Letaknya rahsia diri kita ialah di atas PUSAT( jaraknya dua jari diatas pusat). Kerana di situlah mulanya kejadian kita. Dan situlah letaknya jalan-jalan  pengenalan kita pada Allah.Tetapi  ini  hanya  baru  peta  ke  arah  mengenal  rahsia  dan  ILMU  lautan  yang  hakiki.  Untuk mencapai kemakam tersebut ada 5 tahap atau latihan yang perlu kita lakukan.

-Menfanakan diri (mematikan diri)
-  Mengenal  Diri  Asal
-  Mengenal  Diri  Di Alam  Fanaa  ini
-Mengqasadkan diri dalam afal Allah (perbuatan Allah)
-Mengqasadkan diri dalam ilmu Allah (pengetahuan Allah)
Pengetahuan Allah amat luas dan tidak terbatas.
Kalau Dia tidak berpengetahuan, mungkinkah terjadi segala sesuatu ini? Tentu tidak akan terjadi.
Mustahil kalau Allah itu TIDAK  MAHA  BIJAKSANA .Adapun pengetahuan manusia makhluk tetap terbatas  dan  penuh  dengan  kejahilan   dan  segala  pengetahuan  yang  ada   pada  Insan   hanya  setitis   dalam  lautan  ILMU  ALAMEEN   dan  segala  ILMU   yang  wujud   atau  yang  termaktub  dalam  Lauhul  Mahfooz   adalah  setitis   dalam  ILMU  Khazanah  Robbul  Alameen. Sedang Allah Yang Maha Ada, justeru Dialah yang mencipta akal dan pengetahuan  dan  seluruh   ALAMEEEN.Seluruh  Aqal   dan  lautan   intelek   di  sisi  Allah  seperti  sebutir  pasir  sahaja. Begitu  Mulia , Agung , Besar  Nya   Allah dan  MAHA  TINGGIH  dalam  segala  aspek.

Dan kunci/pokoknya amalan ini ialah: Lahaulawala quwwata illabillahi aliyyil azhim

Tahap  Pertama

Matilah  sebelum  kamu  di  matikan.
Janganlah  kamu  hidup  seperti  orang  yang  bodoh  ,  bangkai  yang  berjalan  ,  tanpa  menyedari  Hayyat  dan  Kekuatan  itu  segala  nya  adalah  Kepunyaan  Allah  dengan  Mutlak.
Allah  tidak  pernah  dan   tidak  akan  mengkongsikan   kekuatan  Nya  atau  sifat Nya  dengan  sesiapapun
di alam  ini  baik  di  alam  fanaa   atau  di  alam   baqaa.

Mengumpulkan  NAFAS   dengan  Satu  Pukulan  atau  satu  gengaman  Jiwa   dari  satu  point  of  Beginning   to  a  point  of  Peak.  The  Beginning  is  from  the  Point  of  The  Heart  which  is  situated  near  to  the   lungs  and  beat  of   the  heart. At  this  point  you  declare   yourself  dead   as  though  you  are   as  what  you  were  before  you  were  born  ,  the  state  that  you  had   no  life .Mematikan diri dengan cara mengumpulkan segala nafas kita di bahgian qalbi (maqamnya atau  pengenalan  tajjalinya  di  alam malakut  -  di  alam  yang  anda  menyerah  sepenuhnya  kepada  Allah ) lalu ditarik ke atas di bahgian umbun-umbun kepala (maqamnya atau  pengenalan  tajjalinya  alam jabarut) sambil tarik nafas dan bila sudah sampai kebahgian umbun-umbun kepala lalu tahan nafas untuk seketika. Selepas itu turunkan/lepaskan nafas hingga kebahgian 2 jari di atas PUSAT (maqamnya alam lahut) lalu tahan nafas untuk seketika. Kosongkan fikiran dan  minda  anda  [  tumpukan  perhatian   hanya  kepada  bunyi  Nafas   iaitu  ISMUL  ZAT  DAN  ISMUL  AZHAM] ,  dan tumpukan pada point iaitu 2 jari di atas PUSAT. Rasakan pada waktu itu kewujudan kita telah tiada yang ada hanya Allah. Selepas itu ambil nafas seperti biasa seketika dan lakukan lagi latihan 1.

Tahap Kedua
Mengiktikadkan  Bahawa  semua  kuasa  dan  qudrat  yang  terdapat  di  dalam  diri  dan  di  luar  diri  bukan  milik  and  tetapi  Qudrat  Allah  [  Mengiktikadkan  Tauhid  -  Bukan  dengan  Hululiyyah  -  Tasbih  Munsah -  Itihad  tetapi  Tauhid  yang   iktikadkan  dalam  Al  Quraan  dan   Hadis  Sohih  Nabi  Mulia  Sala  Allahu  Alaihi  Wasalam.]  Mengqasadkan diri kita pada pergerakan Allah iatu segala gerakan yang berlaku pada diri kita bukan lagi gerakan kita tetapi adalah gerakan Allah. Kembali pada pokoknya Lahalauwala quwata illabillahi aliyil azhim. Bahawasanya apa saja gerakan yang berlaku pada diri kita bukan lagi gerakan kita tapi adalah qudrat dan iradat Allah.

Misalnya: Kita lakukan latihan 1 dan bila sampai saja di point (PUSAT) kita bermohan pada Allah agar memberi kita pergerakan . Dan selepas itu serahkan segala-galanya pada gerakan Allah jangan difikirkan apakah gerakan yang hendak kita lakukan. Pergerakan ini boleh digunakan dalam membantu mereka yang dalam kesusahan seperti scan tubuh pesakit.Kosongkan fikiran kita dan biarkan tubuh kita beregrak dengan sendirinya. Waktu itu bukan kita lagi yang mengawal tubuh kita tetapi adalah dari gerakan qudrat iradat Allah.Setiap apapun yang disaksikan oleh mata hendaklah ditanggapi oleh hati bahwa itu adalah af'al Allah (perbuatan) dari pada Allah s.w.t.

Tahap 3

Mengenali  melalui  ILMU  Tauhid   dan  ILMU   Maarifah  dengar  pengenalan  bahawa   segala  ILMU  yang  wujud  dalam  diri  kita  adalah  pemberian  dari  Allah. Mengqasadkan diri kita di dalam ilmu Allah iatu segala apa yang akan berlaku semuanya adalah di dalam ilmu dan ketentuan Allah. (LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL-ALIYYIL AZHIM) Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan(daya dan kekuatan) Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Hadis Rasulullah Sala  Allahu  Aalaihi  Wasalam
LA TATAHARRAKU DZARRATUN ILLA BI IDZNILLAHI.
Tidak bergerak satu zarrah juapun melainkan atas izin Allah.

Untuk mencapai tahap yang sempurna harus perbanyakanlah kita BERZIKIR  NAFAS   dan   berlatih  dalam  Mengenal  Allah  dengan  TAUHID   Yang   Benar  dari  padangan   Wali-Wali  Allah ,  kepada Allah kerana semakin kita dekat dan mesra dengan Allah semakin tinggi dan menyerlah apa yang kita tuntut ini.
Keluarkan  lah  segala  sifat -sifat  negatif , tinggal kan  negatif  attitude   dan   jangan  berkommunikasi  dengan  syaitan   dan    nafs , walaupun  sesaat.Tinggalkan lah  sifat sombong, riak, takbur, hasad dengki di dalam diri kita kerana sekiranya ada salah satu dari sifat-sifat ini di dalam diri kita maka amalan ini  akan menjadi  penghalang kerana ilmu ini juga berada di dalam qudrat iradat Allah. Serahkan segala-galanya pada urusan Allah kerana kita adalah manusia yang lemah yang tiada daya dan kekuatan.

Perhatian:Laku cara amalan ini harus diterangkan dengan sempurna sebelum dipraktikkan.Segala penerangan diatas khusus bagi yang pernah ikut serta latihan Motivasi & Meditasi K.Wali.Jadilah manusia yang mulia dimuka bumi ini dan mempunyai sifat kasih sayang terhadap segala makhluk..


1 comment: